Monday, June 19, 2006

WE'VE GOT HITS!

Wahh! my first (and second) comments! both from very special people in my life. Kengkawan lama. I don't really know how I actually rated as a friend to them but the fact that they remember me is enough to bring tears to my eyes. Okay, maybe just a drop. Okay okay it was actually dust, but my point is, it is nice to hear from old friends and class of 95/97 rank high on my list of special friends.
shaza katanya terharu sebab aku ingat dia. aku lagi terharu sebab dia terharu yang aku ingat dia. Kalaupun lepas ni dia komen yang dia terharu aku terharu yg dia terharu aku ingat dia, aku mgkin akan kata jugak yang aku tetap terharu yg dia terharu yg aku terharu dia terharu aku ingat dia.... oh terharunya.
tapi itu satu idea yang baik. mgkin aku patut tulis nama sume bebudak Law 2 so that bile masing2 tengah perasan dan poyo nak google nama sendiri, kemungkinan terjumpa blog aku. ok tak?
tapi takkan nak tulis nama saje-saje... boring la. ape kate aku tulis esei pendek sambil memuatkan name dieorg sume, ape kate, ape kate?

Kesan Pembalakan Haram dan Pencemaran Alam Di Belakang Rumah Mahadi bin Sibon

Pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini berkemungkinan besar akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap alam sekitar, terutamanya di belakang rumah En. Mahadi bin Sibon, seorang pencinta alam semulajadi dan penternak ayam telur yang berjaya. "Saya marah betul" kata Mahadi. "marah betul ni" sambungnya lagi. Kemarahan ini mungkin berpunca dari kegiatan pembalakan yang sedang giat dilakukan oleh Syarikat kontraktor, Balak Best Sdn Bhd. Namun, apabila dihubungi, jurucakapnya, Sufian bin Alias, menafikan ada berlakunya pembalakan di belakang rumah saudara Mahadi. "Belakang rumah Ruzaini Shahdan adelaaa" jawab Encik Sufian selamba.
Wartawan khas kami, Iswardy Morni, berusaha mendapatkan penerangan dari pihak Jabatan Alam Sekitar. Di bawah adalah keterangan yang berjaya diperolehi daripada kerani sementara jabatan berkenaan, Pn. Nik Masleen:
Nik Masleen (NM): Oleh kerana anda menghubungi pejabat ini ketika semua pegawai sedang turun minum, saya telah ditugaskan untuk menjawab semua persoalan yang diajukan dengan diberi jaminan bahawa apa sahaja yang disebutkan oleh saya, sama ada betul atau tidak betul, tidak akan boleh di guna pakai di mahkamah kelak."
Iswardy Morni (IM): ... err......baiklah......... boleh Puan beritahu kami apakah tindakan yang diambil oleh jabatan ini mengenai aduan terhadap Syarikat kontraktor Balak Best?
NM: Banyakkk.. banyak yang kami dah lakukan. Pantau, tangkap, saman sume dah buat. Johan Arif, ofis boy kami pun sibuk. ntah ape yang die sibuk pun tak tau la. Pagi tadi pun boss Balak best ade datang sini...
IM: Boss? Maksud Puan En. Halim?
NM: Haah ye. diorg sume keluar minum sama sama la tadi, tu yang tade org ni.
SA: sampai hati dieorg tak ajak saya!
IM: Encik siapa?
SA: ooo saya Pak Guard.

Perbualan wartawan kami terhenti di sini akibat dihalau keluar dari kawasan berkenaan. En. Mahadi ketika sekali lagi dihubungi menyatakan dia masih marah. "Teruk betul dah belakang rumah saya ni. Ayam ternakan saya pun dah tak nak bertelur lagi.Noor Malis, jiran sebelah rumah saya pun dah pindah tak mau tinggal sini dah. risau dia nengokkan bukit yg dah gondol tu. Sayang tul... lawa budak tu...."
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Shaza, telah mengadu, "Tak tau ape nak jadi ngan diaorg ni, botak bukit belakang rumah tu. bukan balak je, pokok mangga, pokok rambutan, pokok bunga kertas saya pun dieorg tebang. gile ape"
"saya ni bukan nak menyokong," kata seorang penduduk, Puan Dahlia,"tapi elok jugak dieorg tebang hutan tu sume. Kurang le sikit beruk, ular, rimau kat kawasan ni. ye la semua dah larikan?"
"habiss.. kalau dieorg lari masuk rumah awak, awak nak??!!!" menyampuk seorang lagi penduduk, Puan Nor Mazuita. " Sebelum ni, takde pun beruk-beruk ni masuk rumah saya tapi skrg menjadi-jadik. Abis dapur rumah saya tu dipecahnya!"
"rumah awak bukan rumah sayaaa"
"eehh, mulut tu jaga sikit.."
Begitulah keadaan penduduk kampung ini yang sudah tidak lagi tenteram semenjak adanya kegiatan pembalakan haram di kawasan itu. Pakar psikologi, Puan Zaszima, beranggapan keadaan mungkin akan menjadi lebih tegang dengan berlakunya kenaikan harga gula, harga minyak dan juga harga telur ayam yang dijual En. Mahadi.




PENGAPIT POPULAR pt.2

my third and fourth experiences as a pengapit were more straightforward. Although it may seem straightforward after that stint in Johor. Third time was in Ipoh for my old friend Shamsul's wedding. Shamsul's parents, in seremban, serves up something unique when it was their turn to host the wedding. It was the first kenduri that i have been to that showcased a caklempong performance to entertain their guests.

The fourth time could have been the most intimadating. Why? Because this most recent experience involved me being a pengapit to someone who is marrying a girl from Johol, Nogoghi Sombilan. Yes, you've guessed it. ADAT PEPATIH. However, I think the girl's family, in the end, did not strictly followed all the adat ceremonies as the groom and his families came from Kelantan and may not grasp the whole pepatih thing that well.

Walaupun aku ni dari Seremban, aku pun tak berapa tahu adat pepatih jadi aku pun tumpang lega jugak le. However, I was also a bit disappointed because I really like to have the oppurtunity to observe how a adat pepatih wedding is done. As I might again be an important part in another Nogoghi Sombilan wedding at the end of the year....but not as a pengapit..........