Monday, January 22, 2007

KAWENNN!!!

Assalaamu'alaikum

pertama-tamanya aku nak minta maaf sesangat kat sesapa yg aku terlupa nak jemput, bukan sengaja tapi kepala berserabut macam macam nak fikir sampai terlupa dan improper planning from my part... isk isk.

lamanya aku tak mengecheck internet. ape pun ni ade skit gambar bagi yang sudi nak melihat.



Pengantin: Aku nikah kan dikau... eh ...aku terima nikahnya..

Imam: dah.. dah.. sekali lagi

pink karre...


"aik, pengapit, baru 4 pinggan je tu, tambah lagi sepuluh..."


Thursday, September 14, 2006

Ape berlaku?

Setting a date...

Tarikh ape yang sesuai ya? bulan rasanya disember nanti. tiga bulan je lagi. dah bersedia ke? semua dah cukup? kursus dah pegi? yang kena booking dah booking? hmm banyak nak dibuat yek...

Pengapit lagi...

last month aku jadik pengapit buat kali ke... err... dah brape kali dah haa??? sape-sape nak cari pengapit, call aku kat 1-800-APIT. hehe

N9...

alahaiii... nsnaza kalah... takpo, musim dopan cubo laei... hoben MU hoben... eh.. hoben jang hoben.

Chavez...

gile-gile chavez kutuk bush... seronok aku nengok dia bercakap aritu.

Puasa...

selamat menyambut Ramadhan dan sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang mulia ini. Kepala tu jangan le dah teringat baju ngan kasut raya jer heheh.

Tuesday, July 18, 2006




...... danial di sini..........

Wednesday, July 12, 2006

bLoG sUrFiNg...

Okay, sometimes when i am bored i would go to the upper right hand side of the screen and click next blog. 4 clicks later i hit something that i think all of us should take a very close look into. If you already have links to blogs and websites of similar nature, this may be a good addition to your collection. search for 'NOT THE COUNTRY CLUB'. (do try and read every article)

Monday, June 19, 2006

WE'VE GOT HITS!

Wahh! my first (and second) comments! both from very special people in my life. Kengkawan lama. I don't really know how I actually rated as a friend to them but the fact that they remember me is enough to bring tears to my eyes. Okay, maybe just a drop. Okay okay it was actually dust, but my point is, it is nice to hear from old friends and class of 95/97 rank high on my list of special friends.
shaza katanya terharu sebab aku ingat dia. aku lagi terharu sebab dia terharu yang aku ingat dia. Kalaupun lepas ni dia komen yang dia terharu aku terharu yg dia terharu aku ingat dia, aku mgkin akan kata jugak yang aku tetap terharu yg dia terharu yg aku terharu dia terharu aku ingat dia.... oh terharunya.
tapi itu satu idea yang baik. mgkin aku patut tulis nama sume bebudak Law 2 so that bile masing2 tengah perasan dan poyo nak google nama sendiri, kemungkinan terjumpa blog aku. ok tak?
tapi takkan nak tulis nama saje-saje... boring la. ape kate aku tulis esei pendek sambil memuatkan name dieorg sume, ape kate, ape kate?

Kesan Pembalakan Haram dan Pencemaran Alam Di Belakang Rumah Mahadi bin Sibon

Pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini berkemungkinan besar akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap alam sekitar, terutamanya di belakang rumah En. Mahadi bin Sibon, seorang pencinta alam semulajadi dan penternak ayam telur yang berjaya. "Saya marah betul" kata Mahadi. "marah betul ni" sambungnya lagi. Kemarahan ini mungkin berpunca dari kegiatan pembalakan yang sedang giat dilakukan oleh Syarikat kontraktor, Balak Best Sdn Bhd. Namun, apabila dihubungi, jurucakapnya, Sufian bin Alias, menafikan ada berlakunya pembalakan di belakang rumah saudara Mahadi. "Belakang rumah Ruzaini Shahdan adelaaa" jawab Encik Sufian selamba.
Wartawan khas kami, Iswardy Morni, berusaha mendapatkan penerangan dari pihak Jabatan Alam Sekitar. Di bawah adalah keterangan yang berjaya diperolehi daripada kerani sementara jabatan berkenaan, Pn. Nik Masleen:
Nik Masleen (NM): Oleh kerana anda menghubungi pejabat ini ketika semua pegawai sedang turun minum, saya telah ditugaskan untuk menjawab semua persoalan yang diajukan dengan diberi jaminan bahawa apa sahaja yang disebutkan oleh saya, sama ada betul atau tidak betul, tidak akan boleh di guna pakai di mahkamah kelak."
Iswardy Morni (IM): ... err......baiklah......... boleh Puan beritahu kami apakah tindakan yang diambil oleh jabatan ini mengenai aduan terhadap Syarikat kontraktor Balak Best?
NM: Banyakkk.. banyak yang kami dah lakukan. Pantau, tangkap, saman sume dah buat. Johan Arif, ofis boy kami pun sibuk. ntah ape yang die sibuk pun tak tau la. Pagi tadi pun boss Balak best ade datang sini...
IM: Boss? Maksud Puan En. Halim?
NM: Haah ye. diorg sume keluar minum sama sama la tadi, tu yang tade org ni.
SA: sampai hati dieorg tak ajak saya!
IM: Encik siapa?
SA: ooo saya Pak Guard.

Perbualan wartawan kami terhenti di sini akibat dihalau keluar dari kawasan berkenaan. En. Mahadi ketika sekali lagi dihubungi menyatakan dia masih marah. "Teruk betul dah belakang rumah saya ni. Ayam ternakan saya pun dah tak nak bertelur lagi.Noor Malis, jiran sebelah rumah saya pun dah pindah tak mau tinggal sini dah. risau dia nengokkan bukit yg dah gondol tu. Sayang tul... lawa budak tu...."
Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Shaza, telah mengadu, "Tak tau ape nak jadi ngan diaorg ni, botak bukit belakang rumah tu. bukan balak je, pokok mangga, pokok rambutan, pokok bunga kertas saya pun dieorg tebang. gile ape"
"saya ni bukan nak menyokong," kata seorang penduduk, Puan Dahlia,"tapi elok jugak dieorg tebang hutan tu sume. Kurang le sikit beruk, ular, rimau kat kawasan ni. ye la semua dah larikan?"
"habiss.. kalau dieorg lari masuk rumah awak, awak nak??!!!" menyampuk seorang lagi penduduk, Puan Nor Mazuita. " Sebelum ni, takde pun beruk-beruk ni masuk rumah saya tapi skrg menjadi-jadik. Abis dapur rumah saya tu dipecahnya!"
"rumah awak bukan rumah sayaaa"
"eehh, mulut tu jaga sikit.."
Begitulah keadaan penduduk kampung ini yang sudah tidak lagi tenteram semenjak adanya kegiatan pembalakan haram di kawasan itu. Pakar psikologi, Puan Zaszima, beranggapan keadaan mungkin akan menjadi lebih tegang dengan berlakunya kenaikan harga gula, harga minyak dan juga harga telur ayam yang dijual En. Mahadi.




PENGAPIT POPULAR pt.2

my third and fourth experiences as a pengapit were more straightforward. Although it may seem straightforward after that stint in Johor. Third time was in Ipoh for my old friend Shamsul's wedding. Shamsul's parents, in seremban, serves up something unique when it was their turn to host the wedding. It was the first kenduri that i have been to that showcased a caklempong performance to entertain their guests.

The fourth time could have been the most intimadating. Why? Because this most recent experience involved me being a pengapit to someone who is marrying a girl from Johol, Nogoghi Sombilan. Yes, you've guessed it. ADAT PEPATIH. However, I think the girl's family, in the end, did not strictly followed all the adat ceremonies as the groom and his families came from Kelantan and may not grasp the whole pepatih thing that well.

Walaupun aku ni dari Seremban, aku pun tak berapa tahu adat pepatih jadi aku pun tumpang lega jugak le. However, I was also a bit disappointed because I really like to have the oppurtunity to observe how a adat pepatih wedding is done. As I might again be an important part in another Nogoghi Sombilan wedding at the end of the year....but not as a pengapit..........

Tuesday, May 23, 2006

PENGAPIT POPULAR

Alhamdulillah, aku bersyukur kenalan-kenalan aku ramai yg dah kawin. 2 minggu lepas selamat dah sorang lagi. Dan buat kesekian kalinya aku di minta jadi pengapit. Kalu kira masuk ni dah 4 kali. And the latest news is that, come August, aku mungkin jadik pengapit utk cousin aku pulak.
terharu...
aku terharu...
sedih pun ade...
kenapa?...
kerana...
BILE TURN AKU PLAK NAK ADE PENGAPITTTTTTTTT!!!!!!!!!!
...isk...isk...

apepun, pengalaman jadi pengapit ni menarik gak. First time aku jadi pengapit ialah untuk Iswardy masa masih bergelar student. Ape exactly tugas sebagai pengapit, agak blur bagi aku. Is nikah di Malaysian Student Department di London dan majlis tu was very simple (but beautiful). Setahu aku masa tu tiada family member pasangan pengantin yang hadir, cuma sahabat2 dan kenalan2, so there was not that much pressure on me as a pengapit. No payung or kipas to hold and there seemed to be no sweat on forehead to wipe off considering the weather. Although I was actually sitting behind Iswardy when the akad nikah process took place, so how much water lost by perspiration by Iswardy during that time is oblivious to me.

Second time, it was for my friend, Malek. He asked me to be his pengapit and I thought, sure, why not? this time, it's Batu Pahat, Johor. And so, armed with that 'vast' experience from the previous wedding, aku pun bergerak le menuju ke Johor. Sampai je depan rumah pengantin pompuan (PP), kteorg ditahan oleh 'toll gate man' (TGM). Tengah2 jalan dia duduk. Nak masuk free jekk? mane bulehh... berpeluh gak aku. Sistem tol cam gini aku tade experience lagik. Dan dari pengamatan aku pengantin lelaki (PL) ngan rombongan die pun sama gak cam aku..mujur ade wakil dari pihak PP yg sian agaknya nengok rombongan kami terpinga-pinga dia pun 'join' team kami sebagai jurucakap. Aku pun hulur le sampul surat berisi duit kat 'pemain import' kami dan dia pun sampaikan kat TGM. Berlaku le beberapa 'dialog' dan 'negotiations' antara wakil ngan TGM dan selepas beberapa ketika dan setelah membelek-belek sampul dan bersetuju dengan jumlah isi kandungannya, PL pun disuruh duduk kat kerusi TGM tadi dan kami disajikan dengan persembahan silat. Oh, sebelum aku lupa, ni belum jumpa PP lagi ni. PP ade kat dlm umah.
So, after the silat performance is over, we were led to the house and I thought, at last, it is over. I was wrong. There they were, thousands of 'toll gate girls' (okay, may be not thousands) forming a barricade, extending their hands and craning their necks asking for that same envelope I gave out before, you know, the one TGM received earlier in exchange for the alleged 'safe passage' to PP's room. How, I wonder, could I satisfy all of them when there was only a limited number of envelopes, i.e. duit sikit jekk! Alhamdulillah, bile sampul nampak cam makin surut, adela sorang abang tu mintak bebudak pompuan tu bagi laluan. phew... totally different from before.. hehe..great experience, that was.
to be continued.....

Monday, May 15, 2006

ASSALAAMU'ALAIKUM.

hmmm... dah jadi blogger ke aku? why now? why, at all?? tak tau le. a cry for attention??? maayyybbeeee, I dont know... ke nak tunjuk yg aku ni IT savvy (is that the right word) cam org lain gak? nak jadi cool? cool people have time for blogs ke? heheh.
apepun, aku teruja nak menulis ni bile nengok azwad and shaza punye. dulu aku tetiba terindu kat kengkawan lama, dan kebetulan tengah surf internet, aku pun google le nama azwad. why azwad, not johan or halim or shaza... well, dia je yang aku ingat dulu-dulu penah ade website sendiri. pendek cite, search nama azwad-jumpe blog dia-sign guestbook-dia tipon aku-erat le sedikit silaturrahim. sooo, mengeratkan silaturrahim is a good reason to be a blogger right? I think so.
speaking of being cool, in the scale of 1 to 10, may be I'm a 3 .... itu pun if I am wearing/borrowing/ciloking my cool brother's/cousin's/friend's clothes, shave my head bald (so my uncool hairstyle not be seen) and minimise talking to just "yeah", "uh-hum", "cool", "whatever".
oops... got to go. cc nak tutup. jap bang... jap, jgn tutup pintu dulu banggg......